Thursday, July 8, 2010
Sejak aku pakai shawl nih ramai yang tanya aku "macamana nak pakai shawl ek?”
Ramai yang cakap “eee leceh nyer nak pakai shawl..nak kena belit-belit lagi..
Pakai tudung biasa kan senang?”
Sejak aku beli 1 kodi tudung shawl nih.. dah lama benor aku tak pakai tudung bawal biasa… jangan terkejut 1 kodi tu ade 20 helai and boleh pilih bermacam2 color.. tapi aku share ngan kakak aku laaa…hehe and beli kodi harga murah sekali ganda dari ko beli selai2..
And bagi aku selepas aku mencuba pakai shawl nih, rupa2 nyer lagi mudah n lagi senang nak jaga dari pakai tudung bawal… contoh shawl kain jojet..lepas basuh tak yah aku nak iron lagi.. terus je pakai.. sebab kain dia tak mudah berkedut …aku cakap senang nak pakai ni shawl kain jojet je tau.
Kalau shawl jojet takde corak tu sangat senang nak pakai.. dia ikut je arahan…sebab kain dia kesat so dia terletak je kt kepala…nih laa tudung feveret aku..
Tapi jojet corak susah jugak nak pakai sebab kurang panjang…
Tapi kalau shawl jenis kain lain aku tak reti sangat sebab tak cukup panjang…
Kalau shawl kain chiffon dia agak pendek dr shawl jojet and material dia sgt lembut n nipis… susah nak jaga.. tapi kalau pandai belit..cantik sangat…aku pun still mencari cara yang betul untuk belit…Cuma dekat muka laaa susah nak bentuk soo nampak tudung tu terpenyet…
Sekarang femes shawl kain cotton… yang ni aku baru beli 2 helai.. tapi aku tak pandai gak nak pakai…kain dia agak pendek jugak… nape aku ckp pendek? Sebab aku suka belit tudung 2 kali so that aku tak yah sorok2 dah hujung yang lebih..kalau pendek kena belit sekali tapi hujung yang lebih tak tahu nak sorok mane…
Selepas cari kat google… aku jumpa laa website yang ajar cara pakai selendang nih..
Rupa nyer banyak cara nak belit bagi nampak cantik..tapi aku pilih yang senang aje laaa..
Kalau sape nak tahu cara belitan tudung tuh refer kat link ni je laaa…
Tutorial/Cara-cara Memakai Shawl dan Tudung 4 Segi
Tutorial memakai shawl
so selamat mencuba...
ooo sekarang femes jugak tudung yang sarung2 macam tudung ekin tu kan?
tudung tu memang senang nak pakai tapi dia depends kat si pemakai..
macam aku ni tak berapa nak sesuai sebab nampak berusia..
tapi aku ade laa beberapa helai tudung ni..tapi jarang laaa aku nak pakai sebab susah nak jaga...
kalau nak pegi travel kena bungkus elok2 nanti awning dia kemek...
nak basuh pun kena jemur elok2... and takleh masuk terus dalam washing machine..sebab nanti awning rosak and bentuk dia dah tak cantik nanti..
aku kan malas sikit.. hehehe