Wednesday, October 6, 2010
di atas permintaan ramai... selepas segelintir kawan ofis aku mencuba my first cook for bread butter pudding, they all love it.. and ask me for the recipe..Bahan-bahan (saiz loyang leh makan 1 family)
Bahan A
500ml fresh milk
8 keping roti (aku guna high 5 sebab lebih lembut)
Bahan B
4 s/b gula
2 s/b butter (cairkan atas api dulu)
2 biji telur
1 s/t esen vanila
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis (optional)
kismis secukup rasa
Bahan C - kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastard
2 s/b gula
Cara-cara
* Koyak kasar (sekeping 4-5 ke) roti and rendam dalam susu 1/2 jam
* Gaul rata bahan B.
* Campur dengan roti yang di rendam tadi then tuang dalam loyang
* Kukus (kalau suka kukus,gambar atas tu yang kukus sebab i takde oven).
* kalau suka bakar. (bakar dalam suhu 180'c dalam 30 min/masak. kalau nak yg nmpk berkerak sket bakar dalam 30 min-45 min.)
* Biar sejuk dan masukkan dalam fridge. nak makan suam pun boleh.
* sementara tu sediakan sos kastard.
* Gaulkan bahan C dan masak atas api sederhana. sentiasa kacau. agak dah pekat cepat2 alihkan.kalau terpekat tambah je air.
* sedia untuk di makan...
~SELAMAT MENCUBA~
**recepi ni actually dari kawan nini. thanks nini kerana sudi berkongsi..
nanti aku cuba plak angle hair black pepper.
~I start to love cooking~
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mlm ni aku nak try buat. kalau jadi nk bwk utk jamuan esok. kalau x jadi, nk jamu tong sampah. hahahah..
bukan puan nurul aini tak suka makan puding roti ke??
=P